Loading...
Uncategorized

7 Manfaat Omega-3 kepada Badan

Assalamualaikum semua, 7 Ogos lepas, kak imm ada join kelas produk yang disampaikan oleh Puan Sarah, pakar nutrisi Shaklee bertajuk “Manfaat Omega-3 Kepada Badan”.

Kelas ni percuma saja dan sangat fleksibel sebab dibuat di group Telegram je hehe. Masa kelas live kak imm tak sempat join pun, keesokkan harinya baru duduk tengok. The beauty of kelas online gini, kita boleh masuk balik bila2 masa kita perlukan info.

Nak laagiii senang, kak imm luangkan masa sikit compilekan nota kelas dalam bentuk video haa. Senang dan padat. Boleh tengok dan dengar dengan lancar tanpa gangguan conversation in between.

Tanpa membuang masa, meh kite mentelaah bersama apakah Omega-3, manfaatnya kepada tubuh dan kenapa Omegaguard Shaklee merupakan omega-3 terbaik di pasaran.


So, dah dengar perkongsian Puan Sarah pasal manfaat Omega-3 dan OmegaGuard Shaklee? Bestkan manfaat OmegaGuard ni tak rugi consume, insyaAllah banyak manfaat yang bakal kite dapat.

(Bagi yang taknak streaming video sebab nak jimatkan data, iols tahulah sebab iols pun jenis berkira data jugek kalau takde wifi hikkss korang boleh baca info kat bawah ye.)

Apa itu asid lemak omega-3?

omega-3, omegaguard

Asid lemak omega-3 adalah sejenis lemak. Badan kita memerlukan lemak yang sihat. Ada banyak asid lemak yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, adalah penting untuk kita memilih asid lemak yang betul. Omega-3 merupakan polyunsaturated fat yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Ada banyak pilihan makanan yang mengandungi lemak. Namun makanan dengan trans fats adalah bahaya untuk kesihatan dan menyebabkan triglyceride yang tinggi dan menjadi punca penyakit.

Tidak kepada asid lemak omega-3, ia adalah antara lemak yang paling sihat. Ia membantu dalam penghasilan membran sel. Badan kita terdiri daripada sel-sel yang bergabung. Jadi, omega-3 menyokong penghasilan membran sel. Apabila sel membran lengkap dan sihat,ia membantu penyerapan nutrient masuk dan keluar.

sumber omaga-3

Selain daripada itu, asid lemak omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ia merupakan essential fatty asid. Jadi kita hanya boleh dapat omega-3 melalui makanan. Badan tidak dapat hasilkan omega-3 secara semulajadi.

Jadi pentingnya, mendapat makanan yang ada omega-3 atau amalkan supplement untuk mendapat kebaikan omega-3 kepada badan kita

Selain itu, asid lemak omega-3 juga kaya dengan DHA dan EPA yang memberi fungsi tubuh optimum dengan banyak manfaat kesihatan.

Eicosapentaenoic acid (EPA)
Docosahexaenoic acid (DHA)

Ramai yang mengambil asid lemak omega-3 kerana mahukan manfaat EPA dan DHA yang ada di dalamnya. Jom kita ketahui kenapa kita perlu ambil asid lemak omega-3?

Manfaat omega-3 yang wajib kita tahu

OMEGA-3 UNTUK JANTUNG

Untuk kesihatan jantung yang sihat.

DHA dan EPA adalah nutrient bagus sebagai anti keradangan. Badan yang ada keradangan pada salur darah, boleh mnegakibatkan kerosakan salur darah. Jadi, amat penting untuk menjaga kesihatan salur darah dengan mengurangkan keradangan melalui amalan pengambilan makanan kaya dengan omega-3

Bila salur darah sihat, darah mengalir lancar dan jantung menjadi sihat dan mudah untuk mengepam jantung

Ada kajian menunjukkan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida. Jika ia banyak, ia meningkatkan risiko sakit jantung dan stroke.

OMEGA-3 UNTUK MINDA

Ia bantu mengelakkan penyakit berkait minda seperti alzhemier. Omega-3 bagus untuk minda supaya kita boleh berfikir dengan pantas dan ingatan yang kuat.

Otak kita terdiri daripada  60% lemak. Adalah penting untuk mengambil sumber lemak yang sihat bagi menyokong kesihatan otak.

Bagaimana DHA dan EPA bantu minda yang sihat?

Sel otak dikenali sebagai neuron. Ia tidak berhubung tanpa sokongan. Asid lemak terutamanya DHA bantu untuk kesihatan neuron. Trasmission antara sel neuron berjalan lancar dengan sokongan DHA

OMEGA-3 UNTUK SENDI

Asid lemak omega-3 penting untuk kesihatan sendi. Sendi yang sihat membantu kita bergerak setiap hari. Asid lemak omega-3 mempunyai sifat anti keradangan. biasanya sendi menjadi bengkak dan sakit akibat adanya keradangan. Jadi, omega-3 membantu mengurangkan keradangan.

Untuk sendi yang sihat, omega-3 bantu masalah seperti osteoarthritis. Ia biasa dialami oleh warga emas. Jadi EPA dan EHA menghalang risiko untuk masalah osteoarthritis.

Asid lemak omega-3 juga bertindak sebagai pelincir (lubricant) untuk sendi supaya pergerakan yang lebih sempurna tanpa rasa sakit.

OMEGA-3 UNTUK IBU MENGANDUNG

Asid lemak omega-3 selamat diambil sepanjang kehamilan bagi ibu normal. Melainkan ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti high / low BP, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Asid lemak omega-3 ini penting untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi.

Untuk trimester ke-3 adalah sangat penting untuk ibu mengambil asid lemak omega-3 kerana perkembangan otak dan penglihatan bayi menjadi sangat cepat.

OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN KULIT

Untuk kulit yang sihat dan cantik, asid lemak omega-3 bantu untuk kesihatan kulit. Ia akan menyokong membran sel. Semakin berusia, kulit semakin kering. Asid lemak omega-3 ini mengelakkan kulit terlampau kering.

Ia juga mengurangkan penghasilan kedutan akibat daripada membran sel yang sihat.

Selain daripada itu, ada yang mengalami masalah kulit berinflamasi seperti sembap dan jerawat, jadi ia bantu mengurangkan kerandangan pada kulit.

OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN IMUN

EPA dan DHA meningkatkan kesihatan imun badan dengan menyokong penghasilan sel B dalam badan. Sel B ialah sejenis sel imun dalam badan yang mana perlu untuk penghasilkan antibodi supaya badan mempunyai sistem imun yang kukuh.

OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN SPERMA

Asid lemak omega-3 sangat penting untuk lelaki. EPA dan DHA membantu komponen fosfolipid pada sel sperma agar sperma lebih sihat dan sperma mendapat perlindungan yang bagus.

Selain itu, waktu kematangan sperma dalam testis memerlukan EPA dan DHA. Sperma matang dan sihat serta sempurna.

Itulah 7 manfaat omega kepada tubuh kita. Puan sarah juga ada kongsikan 6 sebab perlu pilih OmegaGuard Shaklee.

Korang yang teruja nak dapatkan manfaat Omega-3 kepada badan, boleh hubungi kak imm untuk menempah OmegaGuard anda dengan segera.

KENAPA PERLU MEMILIH SHAKLEE?

Kami memberi jaminan bahawa Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam. Selamat . Semulajadi . Berkesan. Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya. Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.

KENAPA PERLU PILIH SAYA?

Hai, saya Hanim Che Hassan atau boleh panggi cik imm @ kak imm, merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda.

Saya terlatih dan sentiasa mendapat ilmu nutrisi yang tepat dari leader dan ahli team yang rata-ratanya merupakan ahli perubatan profesional, oleh itu saya akan membantu anda membuat pilihan vitamin yang terbaik untuk kesihatan anda.

Saya akan memberi “after service” yang terbaik agar anda sentiasa mendapat manfaat yang optimum dari pembelian vitamin yang dibuat melalui saya. Anda akan mendapat konsultasi berterusan daripada saya.

NAK BELI VITAMIN SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:

1) Belian online secara “self service” dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda. Klik imej Esell di bawah untuk membeli sendiri vitamin anda.

2) Belian di cawangan Shaklee terdekat. Anda boleh mengunjungi cawangan shaklee terdekat untuk membeli secara walk-in.

Head Office : Tingkat 3A, Empire Tower, Subang Jaya
Cawangan Kuala Lumpur : Seksyen 1, Wangsa Maju (area bersebelahan Alpha Angel)
Cawangan Ipoh : Jln Medan Istana, Ipoh Raya
Cawangan Penang : Jln Todak 1, Bandar Seberang Jaya
Cawangan JB : Taman Molek, Johor Bahru
Cawangan Kota Bharu : Jln Sultan Yahya Petra (opposite Billion)
Cawangan Kota Kinabalu : Jalan Lintas, Kota Kinabalu

3) Beli secara online/COD melalui saya dengan menghubungi saya di talian WhatsApp (www.wasap.my/60179191671).

Harga pembelian anda tertakluk kepada harga runcit. Anda akan layak untuk menikmati penjimatan sehingga 20% jika mendafatar keahlian Shaklee.

NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE

Untuk mendaftar sebagai ahli shaklee, anda mempunyai 2 cara iaitu:-

1) Mendaftar online secara “self service”. Anda akan diminta mengisi borang online sendiri.

Klik imej untuk mendaftar keahlian Shaklee

2) Daftar melalui saya. Anda hanya perlu memberi maklumat yang diperlukan kepada saya dan saya akan menguruskan pendaftaran keahlian anda. Klik Saya Ingin Jadi Ahli Shaklee

*Pendaftaran keahlian akan dikenakan yuran keahlian sebanyak RM 79.60

PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, VICTORIES ARE US TEAM (VsRUTeam) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel dan leader yang berkaliber. Kami juga adalah susur galur RYG Team yang merupakan team nombor satu di Malaysia.

Rakan Shaklee Anda

Hanim Che Hassan (Kak Imm)
Tel/SMS : +6017 9191 671
WhatsApp : www.wasap.my/60179191671
Shop FB Page: Vitamins’R’Us – Pengedar Shaklee Kelantan
Personal FB page : Imm Che Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: