Loading...
INFO KESIHATAN

13 MAKANAN UNTUK SENAMAN YANG LEBIH BERKESAN

makanan untuk bersenam

Makan untuk kekal bertenaga.

makanan untuk bersenam

Pengambilan makanan yang tepat sebelum dan selepas bersenam bakal memberikan hasil yang hebat untuk penurunan berat badan anda. Seperti kereta memerlukan petrol, badan juga memerlukan karbohidrat sebagai bahan bakar agar anda sentiasa bertenaga dan bersemangat ketika bersenam.

Makan pada masa yang tepat

makanan untuk bersenamPastikan anda makan sejam hingga 3 jam sebelum bersenam. Bersenam sejurus selepas makan mengakibatkan masalah penghadaman, seperti loya dan perut sebu. Ini kerana darah lebih tertumpu kepada otot dan kurang darah pada sistem percernaan mengakibatkan kurang oksigen untuk mencerna makanan.

Jom kita tengok apakah makanan yang boleh diambil sebelum dan selepas bersenam

1) Sebelum bersenam : Mentega kacang dan Jam

makanan untuk bersenam
Sandwich roti bijirin penuh berinti mentega kacang dan jam membekalkan tenaga yang sempurna untuk aktiviti senaman anda. Mentega kacang bekalkan protein manakala roti dan jam memberi anda cukup karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaga semasa bersenam.

2) Sebelum bersenam : Oatmeal, buah dan susu rendah lemak.

makanan untuk bersenam
Jika anda melakukan senaman pada waktu pagi, semangkuk oatmeal bersama buahan segar bakal membuatkan anda bertenaga semasa bersenam. Oatmeal dihadam dengan perlahan membolehkan level gula di dalam darah sentiasa stabil dan badan akan sentiasa bertenaga untuk jangkamasa yang panjang. Susu rendah lemak membekalkan protein dan kalsium untuk membina otot dan tulang.

3) Sebelum bersenam : Smoothies buahan dan yogurt

makanan untuk bersenam
Smoothies senang dihadam jadi mengelakkan anda mengalami masalah perut ketika bersenam. Elakkan smoothies segera yang dijual di kedai kerana tinggi kandungan gula.

makanan untuk bersenamBuat campuran smoothies anda sendiri dengan yogurt rendah lemak, ESP untuk bekalan protein berkualiti tinggi dan buahan segar untuk kemanisan semulajadi.

4) Sebelum bersenam : Trail mix

makanan untuk bersenam
Digelar trail mix kerana dibawa oleh pendaki untuk bekalan tenaga dan proteim segera. Trail mix sesuai dimakan sebelum bersenam. Raisin memberikan bekalan karbohidrat dan kekacang membekalkan protein dan lemak sihat. Trail mix juga mengandungi antioksidan yang membantu badan menggunakan oksigen dengan lebih baik.

5) Sebelum bersenam : Latte rendah lemak dan epal

makanan untuk bersenam
Bagi penggemar kopi, segelas latte akan memberikan anda bekalan protein yang mencukupi untuk satu sesi senaman. Kafein dapat membantu mengurangkan ketegangan otot ketika bersenam. Tambah bekalan karbohidrat dengan buah yang digemari seperti epal.

6) Sebelum bersenam : Pisang

makanan untuk bersenam
Anda hanya ada masa 10 minit sebelum memulakan senaman tetapi anda belum makan. Jangan risau, sebiji pisang akan membekalkan tenaga yang cukup untuk anda bersenam. Pisang juga mengandungi antioksidan dan potassium untuk mencegah kekejangan otot.

7) Selepas bersenam : Roti bijirin penuh dan telur

makanan untuk bersenam
Roti bijirin penuh akan menggantikan semula tenaga yang hilang ketika bersenam. Serat yang tinggi memastikan gula dalam darah sentiasa stabil. Tambah sebiji telur untuk bekalan protein. Telur mengandungi 9 asid amino yang diperlukan untuk membina otot anda.

makanan untuk bersenamAnda tahu tak? ESP juga mengandungi khasiat 9 asid amino.

8) Selepas bersenam : Susu coklat

makanan untuk bersenam
Susu coklat mengandungi nisbah karbohidrat : protein = 4 : 1 untuk membekalkan semula tenaga dan membina otot selepad bersenam. Susu coklat juga mengandungi 90% air dapat menggantikan cecair badan yang hilang ketika bersenam.

9) Selepas bersenam : Greek yogurt dan beri segar

makanan untuk bersenam
Semangkuk greek yogurt membekalkan 20 gram protein. Tambah beri segar untuk kemanisan semulajadi dan bekalan karbohidrat untuk menggantikan semula tenaga yang hilang. Kandungan antioksida di dalam beri biru membantu mengurangkan ketegangan otot selepas bersenam.

10) Selepas bersenam : Potongan salmon dan keledek

makanan untuk bersenam
Selain membekalkan protein, ikan salmon kaya dengan omega-3 yang dapat membantu mengurangkan kesakitan pada otot selepas senaman. Gandingkan bersama keledek untuk bekalan karbohidrat yang mengenyangkan dan mengembalikan tenaga.

makanan untuk bersenam
OmegaGuard by Shaklee juga membekalkan asid lemak omega-3 yang berkualiti tinggi

11) Selepas bersenam : Nasi perang, dada ayam dan sayur

makanan untuk bersenam

Dada ayam membekalkan 27 gram protein dan mengandungi hanya 142 kalori. Ia juga mengandungi vitamin B-6. Hidangkan bersama nasi beras perang dan sayuran untuk melengkapkan bekalan karbohidrat dan nutrient lain.

12) Selepas bersenam : Minuman elektrolit

makanan untuk bersenam
Jika anda bersenam kurang dari sejam, air sudah mencukupi untuk anda kekal hidrat. Jika anda bwrsenam lebih dari sejam, anda perlukan minuman elektrolit untuk menggantikan sodium, potassium dan magnesium yang hilang melalui peluh semasa bersenam.

13) Sebelum . Semasa . Selepas
Anda perlu minum air yang banyak untuk bersenam.

makanan untuk bersenam
Sebelum : 2 – 3 gelas
Semasa : ½ – 1 gelas air setiap 15 minit
Selepas : 2 – 3 gelas air biasa/elektrolit untuk setiap 0.5 kilogram yang hilang. (Anda perlu menimbang berat sejurua sebelum dan selepas bersenam)

14) Makanan yang perlu dieelakkan sebelum dan selepas bersenam.

makanan untuk bersenam
Elakkan makanan berminyak sebelum bersenam kerana makanan berminyak mengambil masa yang lama untuk dihadam dan boleh mengakibatkan masalah perut ketika dan selepas bersenam.

Makan pun dapat bantu kita menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang ideal tau, tapi kita haruslaj memilih makanan yang menyihatkan.

Kita juga boleh dapatkan bantuan supplement jika sukar untuk mendapatkan bekalan makanan yang sihat dan segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: