Kak imm sangat inspired dengan usaha wanita ini turunkan berat badan sebanyak 10 kilo sebulan tanpa ubat atau supplement. Mesti perlukan usaha gigih dan disiplin yang tinggi.
Jom kita baca sharing dari tuan punya badan iaitu cik Alia Amira Rohadi. (Kak imm copy 100% dari fb cik alia dan edit ejaan sahaja tau)
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim, hye guys🙋🏼
(90kg-58kg) 32kg😍😍
Haaa sebelum tu nak cakap dulu,, ni BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yg kuat tau!
Firstly,
Loss 10kg in 1 month😳😳😳
1. Kene detox dulu badan tu haaa.. Tahu ke idok berape tan matrix lemak2 serta 💩 yg menapak beranak pinak dekat usus tu? So! Korang boleh google tau.
2. Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk bf mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar dietition dulu)
Pagi:
Roti 3 keping+greentea
Air suam (wajib ambik macam2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi( kalau untuk pesakit kencing manis whole grain bread tau😁. Kalau yg memang manis muka dia tu, roti gardenia kosong tu jee haa😉
Lunch:
Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulin. Kalau tak makan nasi tak boleh hidup rasa), ayam atau ikan, sayur hijau rebus/kukus( saya tak suka lauk kari so memang tak ambik, kadang2 kuah kicap jee . Student kan pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah req ngn umi nak makan “ikan singgang”
Nii kalau hari2 makan telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee😆😆😆
Dinner
Buah epal hijau(ni pon pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambik time dinner, tak lebih pukul 8 malam)
ehh plisss,, jangan gatal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah2 mat salleh tau
3. Dalam sehari kene ambik 2-3 liter air suam/day ni wajibalghunoh untuk yg nak loss weight 10kg/month. Korang boleh google jgk macam mana nak kira berape liter air untuk diperlukan oleh badan dan cara nak devide xdelah nnti ulang alik tandas je..
4. Saya memang tekankan pengambilan greentea. Bukan kata minum greentea tak jaga makan ,tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler. Dia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jugak bantu dalam loss weight. Saya peminat greentea ahmad😅 boleh dapatkan di tesco or aeon atau boleh beli dari Muhammad Harith Syazwan
5. Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day untuk perempuan boleh lah nak zumba. Haaa ni kalau yg keje opis tu mohon buat lebih. Sbb korang kurang bergerak berbnding cikgu, nurse ke hulu hilir ni.
6. Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti. Tahu x sebenarnya semua ni lagi banyaakkk bebanan utk diproses berbanding ambik nasi. Sooo please!!refer dietition sebelum buat keputusan tau!
7. KENE pantang ais, air yang disejukkan, abc,cendol,cool blog, segala mak nenek yang sejuk. Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day)
8. Pantang lah segala fast food macam kfc mcd pizza subway semua tu untuk 3 bulan pertama tanpa ada “treat day”
9. Timbang dulu sebelum mulakan misi. Setiap minggu make sure timbang! Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan jugak. Kalau genetik jenis obesiti , korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/weeks tu rendah
10.Bangunn je dari tido sebelum korang g toilet , sebelum gosok gigi, teruss minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalokkan) korang boleh search kebaikan minum air selepas bangun tido. Banyak manfaat dia😉😉
Kalau seminggu korang boleh loss cuma 3kg, janganlah sedihh dulu syg! Kalau 4 minggu dah dapat berape?? Haaa gitu
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat, cepat down, please sayang cari kekuatan kamu. Kalau ade awak tu suami yang ade istri gemok, jangan dihina badannya tapi temanlah dia buat zumba or jagakan anak masa dia tengah workout tu! Kan nampak sawit disitu.. Hahahaha
Mungkin ade point yang berulang😅😅
Kalau ada point tertinggal maafin yaa🙏🏻
Kalau xpaham direct tanye tau🌹🌹
P/s: kindly share kalau bermanfaat untuk awak n ur future😍😍
Terima kasih cik Alia sudi berkongsi tips. Sape yang tengah struggle nak turunkan berat badan (kak imm sendiri la tu haha), bolehlah apply tips dari cik Alia.
Tengahari kang kak imm nak pegi kedai cari green tea dan topup bekalan epal kita. Nak kurussss💪💪
Tapi macam kak imm yang dah masuk 30-series ni, metabolisma dah slow amatss, rasanya kak imm tak mampu kot nak turun berat tanpa bantuan supplement. So, kak imm rasa nak apply tips cik alia ni dan add on set kurus Shaklee (ESP untuk protein source, omegaguard untuk bantu bakar lemak and herblax untuk cepatkan proses detox).