Loading...
TIPS & PETUA

Kulit jerawat teruk

Kalau korang nak tahu, sebenarnya most of masalah2 kulit kita (jerawat,black/whitehead,kulit berminyak/kering,kulit kusam,pori terbuka dan sebagainya) boleh diatasi dengan mudah.
Caranya ialah dengan MENGAMALKAN CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL.

Jom kita tengok camana nak cuci muka dengan betul dan konsisten guna 3 produk asas penjagaan kulit sahaja.

LANGKAH2 MENCUCI MUKA DENGAN BETUL

➡ Buang makeup terlebih dahulu jika anda bermekap.
➡ Pilih cleanser yang tepat dengan jenis kulit.
➡ Cuci guna 3 jari kecantikan sahaja,bukan tenyeh semua jari 😁
➡ Urutan lembut dari bawah ke atas
➡ Bilas dengan air suam/sejuk
➡ Cuci muka 2 kali sehari sahaja

3 PRODUK ASAS UNTUK PENJAGAAN KULIT

1) Cleanser /pencuci muka – untuk membuang segala kekotoran pada kulit wajah.
2) Toner/penyegar – toner berfungsi untuk menyah lebihan sebum, mengeluarkan sel kulit mati dan menutup kembali pori wajah.
3) Moisturizer/pelembab – membekalkan kelembapan kepada sel kulit. Kulit yang cukup kelembapan akan kekal awet muda.

Dengan mengamalkan 3 langkah asas ini, insyaAllah kulit akan lebih sihat dan kurang bermasalah. Kulit juga akan lebih awet muda dan berseri.

Kulit kak imm bermasalah teruk sangat sekarang, so beauty consultant Mary Kay suggest kite guna set ni. Nanti kite bagi review ye bila kulit dah elok nanti insyaAllah.

Follow label Tips Mulus untuk pelbagai tips penjagaan kulit dan cara mendapatkan kulit lebih mulus, lebih awet muda dan lebih berseri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: