Loading...
INFO PRODUK

10 Supplement Terlaris Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda semua ada pengalaman consume supplement shaklee tak? Untuk pengetahuan semua, Shaklee mempunyai rangkaian pelbagai produk iaitu makanan tambahan, produk kecantikan kulit dan produk kebersihan rumah. Harini ini kak imm nak berkongsi dengan anda 10 supplement aka produk makanan tambahan terlaris Shaklee.

produk terbaik shaklee

10 Supplement Terlaris Shaklee

No.10 : Lecithin
10 supplement terbaik shaklee (10)
Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekul2 kecil untuk penghadaman. Oleh kerana fungsinya sebagai pengurai lemak, lecithin sangat digemai oleh pengguna-pengguna yang ingin menurunkan berat badan.

No 9 : Shaklee Collagen Powder
10 supplement terbaik shaklee (9)
Shaklee Collagen Powder ialah serbuk kolagen dari sisik ikan merah. SCP merupakan sumber kolagen premium berkualiti tinggi dan mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6 yang sangat diperlukan untuk keserian kulit. Kajian klinikal membuktikan pengambilan SCP selama 8 minggu berjaya menganjalkan kembali kulit.

No. 8 : Vita-Lea with Iron Formula
10 supplement terbaik shaklee (8)
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

No. 7 : Vita-E Complex
10 supplement terbaik shaklee (7)
Vitamin E terkenal sebagai antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Kajian menunjukkan Vitamin E juga membantu meningkatkan sistem imun di kalangan warga emas.
Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

No. 6 :Alfalfa Complex
10 supplement terbaik shaklee (6)
Alfalfa diberikan gelaran “raja makanan” kerana khasiatnya yang tinggi. Sistem akarnya yang menceceah hampir 6meter ke dalam tanah membantu Alfalfa menyerap pelbagai nutrient dari tanah menyebabkan ia kaya dengan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

No. 5 : Ostematrix
10 supplement terbaik shaklee (5)
Ostematrix kegemaran kak imm. Kaplet bersaiz kecil dan mudah ditelan ini diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrien penting untuk membantu membina ketumpatan tulang termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

No. 4 : Sustained Release Vita-C Plus
10 supplement terbaik shaklee (4)
Vitamin C adalah vitamin penting yang membawa pelbagai fungsi kepada tubuh malangnya tubuh manusia tidak dapat membina vitamin C sendiri dan perlu diambil dalam pemakanan.
Sustained Release Vita-C Plus diekstrak dari jagung dan bersifat lembut dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Dirumus dengan teknologi pelepsan berperingkat, SR Vita-C Plus berupaya dibebaskan secara berperingkat selama 5 jam ke dalam badan. Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

No.3 : OmegaGuard™
10 supplement terbaik shaklee (3)
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
OmegaGuard™ dihasilkan dengan proses penyulingan 3 peringkat untuk memastikan ketulenan dan kepekatan dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar dalam minyak ikan di dalam OmegaGuard™. Proses ini juga mengurangkan rasa hanyir minyak ikan.

No. 2 : ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah minuman protein lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah membantu menstabilkan gula dalam darah, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.

No. 1 : Vivix®


Mendahului carta adalah tak lain tak bukan, Vivix! Walaupun Vivix merupakan produk termahal dalam Shaklee, dek kerana khasiatnya yang tiada tandingan, Vivix tetap menjadi p[roduk terlaris Shaklee.
Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: